Monday, 12 December 2016

PERTANDINGAN KITAR SEMULA


Laporan Pertandingan

     
Terdapat beberapa Pertandingan Kitar Semula yang diadakan SK ASSAM JAWA bersempena Kempen Kitar Semula yang dijalankan pada hari tersebut. Selain daripada aktiviti mengumpulkan bahan-bahan kitar semula, sekolah tersebut juga turut mengadakan Pertandingan Kitar Semula. Antara pertandingannya adalah:
  • Pertandingan menanam pokok di dalam botol kosong
  • Pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin
  • Pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol


1. Pertandingan tanam pokok dalam botol kosong.


RAJAH 1


    Rajah 1 menunjukkan pertandingan menanam pokok bawang di dalam botol kosong. Pertandingan ini disertai oleh guru-guru sekolah tersebut untuk melihat kreativiti dan inovasi yang terdapat dalam diri guru-guru. Tanah dan pokok bawang dibekalkan kepada guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Rajah tersebut menunjukkan hasil seni daripada guru-guru yang terlibat. Botol-botol tersebut adalah daripada bahan kitar semula yang sudah tidak digunakan lagi.


2. Pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin


RAJAH 2


    Rajah 2 menunjukkan pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin minuman kosong. Tin tersebut daripada tin minuman Coca Cola, Pepsi, Revive dan lain-lain. Pertandingan ini khas untuk murid-murid. Murid-murid tidak perlu membawa tin kerana akan disediakan oleh guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Murid-murid hanya perlu membawa gunting dan marker. Murid-murid perlu menggunting tin tersebut agar senang untuk melukis rama-rama di tin tersebut dan akan menggunting semula pada lukisan rama-rama tersebut. Rajah di atas menunjukkan hasil daripada pertandingan ini. Murid-murid di sekolah ini juga mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam diri masing-masing.


3. Pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol


RAJAH 3


    Rajah 3 menunjukkan pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol kosong. Botol yang digunakan adalah botol Revive, Pepsi, Coca Cola dan lain-lain. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru dan murid-murid yang berminat. Botol tersebut disediakan. Para peserta yang terlibat hanya perlu membawa gunting dan alat-alat yang berkaitan. Rajah di atas menunjukkan hasil seni daripada para guru dan murid-murid yang begitu kreatif dan inovatif dalam menghasilkannya.


Kesimpulannya, SK ASSAM JAWA mempunyai guru-guru, murid-murid serta staf sokongan yang kreatif dan inovatif. Selain itu, mereka juga saling tolong-menolong serta bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan pertandingan dan 'Kempen Kitar Semula' ini. Oleh itu, diharapkan semua yang terlibat mendapat input yang berguna untuk mereka. 

No comments:

Post a Comment