Monday 12 December 2016

PERTANDINGAN KITAR SEMULA


Laporan Pertandingan

     
Terdapat beberapa Pertandingan Kitar Semula yang diadakan SK ASSAM JAWA bersempena Kempen Kitar Semula yang dijalankan pada hari tersebut. Selain daripada aktiviti mengumpulkan bahan-bahan kitar semula, sekolah tersebut juga turut mengadakan Pertandingan Kitar Semula. Antara pertandingannya adalah:
  • Pertandingan menanam pokok di dalam botol kosong
  • Pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin
  • Pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol


1. Pertandingan tanam pokok dalam botol kosong.


RAJAH 1


    Rajah 1 menunjukkan pertandingan menanam pokok bawang di dalam botol kosong. Pertandingan ini disertai oleh guru-guru sekolah tersebut untuk melihat kreativiti dan inovasi yang terdapat dalam diri guru-guru. Tanah dan pokok bawang dibekalkan kepada guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Rajah tersebut menunjukkan hasil seni daripada guru-guru yang terlibat. Botol-botol tersebut adalah daripada bahan kitar semula yang sudah tidak digunakan lagi.


2. Pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin


RAJAH 2


    Rajah 2 menunjukkan pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin minuman kosong. Tin tersebut daripada tin minuman Coca Cola, Pepsi, Revive dan lain-lain. Pertandingan ini khas untuk murid-murid. Murid-murid tidak perlu membawa tin kerana akan disediakan oleh guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Murid-murid hanya perlu membawa gunting dan marker. Murid-murid perlu menggunting tin tersebut agar senang untuk melukis rama-rama di tin tersebut dan akan menggunting semula pada lukisan rama-rama tersebut. Rajah di atas menunjukkan hasil daripada pertandingan ini. Murid-murid di sekolah ini juga mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam diri masing-masing.


3. Pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol


RAJAH 3


    Rajah 3 menunjukkan pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol kosong. Botol yang digunakan adalah botol Revive, Pepsi, Coca Cola dan lain-lain. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru dan murid-murid yang berminat. Botol tersebut disediakan. Para peserta yang terlibat hanya perlu membawa gunting dan alat-alat yang berkaitan. Rajah di atas menunjukkan hasil seni daripada para guru dan murid-murid yang begitu kreatif dan inovatif dalam menghasilkannya.


Kesimpulannya, SK ASSAM JAWA mempunyai guru-guru, murid-murid serta staf sokongan yang kreatif dan inovatif. Selain itu, mereka juga saling tolong-menolong serta bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan pertandingan dan 'Kempen Kitar Semula' ini. Oleh itu, diharapkan semua yang terlibat mendapat input yang berguna untuk mereka. 

KEMPEN KITAR SEMULA



SK ASSAM JAWA



      SK ASSAM JAWA telah mengadakan Kempen Kitar Senula yang melibatkan semua murid-murid Darjah 1 sehingga Darjah 6 dan melibatkan sebahagian besar kakitangan dan staf sekolah tersebut. Kempen tersebut dilaksanakan pada 15 Februari 2016 yang lalu. Kempen ini diadakan untuk memupuk serta menerapkan amalan kitar semula dalam diri murid-murid yang masih kecil dan muda. 




RAJAH 1

     Kempen kitar semula ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Daud Bin Ramlan iaitu Guru Besar SK ASSAM JAWA dan diiringi oleh Penyelaras Program Kempen Kitar Semula iaitu Puan Ong Lee Ahh. 



RAJAH 2

     
     Rajah 2 menunjukkan penglibatan murid-murid dalam kempen tersebut. Murid-murid memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Dan tidak dilupakan juga para staf sokongan dan juga guru-guru yang terlibat juga. Di dinding sekolah itu juga terdapat lukisan gambar tong kitar semula dan juga ayat 'Kitar semula, fikir dulu sebelum buang'. Ini menunjukkan bahawa sekolah tersebut telah lama menyahut seruan Kerajaan dalam menjalankan serta memupuk semangat kitar semula dalam diri murid-murid sekolah tersebut. 



RAJAH 3

      Rajah 3 menunjukkan murid-murid yang sedang mengumpul bahan-bahan kitar semula seperti tin-tin kosong, surat khabar lama serta kertas-kertas yang sudah tidak digunakan lagi. Murid-murid juga tidak merungut malah bersemangat untuk melakukan serta menjalankan kerja-kerja pengumpulan bahan-bahan kitar semula tersebut tidak kira lelaki mahupun perempuan.




RAJAH 4

     Rajah 4 juga menunjukkan bahawa guru-guru juga tidak ketinggalan dalam menjayakan kempen ini. Para guru juga melibatkan diri dalam mengumpul bahan-bahan kitar semula tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa sikap guru-guru tersebut akan menjadi role model kepada murid-murid kerana murid-murid memerhatikan tingkah laku guru mereka.

Kesimpulannya, dalam menjayakan Kempen kitar semula ini memerlukan pernglibatan semua pihak termasuk guru, murid-murid dan juga staf sokongan. Tanpa kerjasama daripada semua pihak maka program ini tidak akan berjaya dilaksanakan. Diharap murid-murid mendapat input serta pengalaman yang manis dalam menjayakan kempen ini. 

BERITA KITAR SEMULA



 


      Gambar di atas adalah petikan artikel daripada Sinar Harian yang menunjukkan bahawa  'Program Kitar Semula' telah diadakan ke seluruh negeri di Malaysia.Program tersebut juga akan diadakan di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ia juga melibatkan beberapa buah taman perumahan yang berdekatan. Dengan adanya program seperti ini di seluruh Malaysia maka masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur akan sama-sama melakukan aktiviti kitar semula itu mengumpulkan bahan-bahan kitar semula dan dimasukkan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira peringkat umur, bangsa, agama dan kaum yang berbeza.

Sumber daripada keratan Sinar Harian, 1 April 2012

AKTIVITI KITAR SEMULA


Apa itu amalan 3R?


     Amalan 3R ialah REDUCE, REUSE dan RECYCLE.

    1. REDUCE

  • Reduce ialah pengurangan. Bermaksud hanya membeli barangan yang diperlukan dan tidak membeli barang yang tidak diperlukan. Menyokong barangan tempatan.
  • Membeli barangan yang boleh dikitar semula seperti kaca, tin , botol dan sebagainya.
  • Membeli barangan yang kurang dibungkuskan kerana sesetengah plastik bungkusan makanan atau pun plastic bag di pasaraya susah untuk dilupuskan dan tidak mesra alam.
  • Membeli barangan yang tidak mempunyai bahan kimia agar senang untuk dikitar semula dan tidak membahayakan keselamatan pengguna tong kitar semula yang lain.


     2. REUSE

  • Reuse bermaksud guna semula. 
  • Kertas surat khabar boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah. Kertas yang tidak digunakan boleh digunakan untuk menconteng sekiranya mempunyai anak-anak yang masih kecil.
  • Baju-baju yang tidak digunakan boleh dibuat kain buruk untuk mengelap dinding rumah yang kotor.
  • Kayu lama juga boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan untuk individu yang mahir dalam membuat kraftangan.
   3. RECYCLE

  • Recycle ialah aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan di rumah, sekolah dan tempat-tempat lain yang bersesuaian.
  • Sesebuah keluarga perlulah bekerjasama dalam mengumpulkan bahan-bahan kitar semula agar bahan tersebut dapat diproses dan diguna semula di kemudian hari. 
  • Boleh meletakkan bahan kitar semula seperti surat khabar lama, botol minuman kosong dan bahan-bahan lain di tong-tong kitar semula yang disediakan di kawasan perumahan anda.
  • Pusat kitar semula adalah suatu tempat di mana mereka memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menghantar bahan kitar semula sekiranya tidak dimasukkan ke dalam tong kitar semula.
  • Sesebuah kampung juga boleh melakukan aktiviti kitar semula ini dengan masyarakat sekeliling agar dapat mengumpul bahan kitar semula yang tidak digunakan lagi.


      



SUMBER: http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-penggunaan-lestari/alam-sekitar/60-amalan-3r-di-rumah.html




BAHAN KITAR SEMULA



     Antara bahan-bahan kitar semula adalah kertas, plastik, loam dan juga kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik , bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula. Bahan kitar semula seperti tin minuman kosong sering didapati di tepi jalan, tong sampah dan lain-lain tempat. Kertas yang tidak digunakan lagi seperti nota-nota, majalah dan surat khabar boleh dikumpulkan di rumah kerana ibu bapa sering membeli surat khabar harian untuk mengetahui isu-isu semasa. 


Tin minuman kosong


Surat khabar lama


Botol minuman kosong


Botol minuman kosong


   Gambar-gambar di atas menunjukkan bahan-bahan kitar semula yang boleh dikumpul dan dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang mempunyai 3 warna iaitu biru, jingga dan coklat. Oleh itu, masyarakat perlulah mengumpul bahan-bahan kitar semula dan memasukkannya di dalam tong kitar semula atau pun menjualnya di kedai kitar semula.




RAJAH 1

     Gambar di atas menunjukkan tong-tong kitar semula serta kegunaannya. Setiap tong kitar semula mempunyai kegunaan yang berbeza. Contohnya, tong biru untuk kertas, tong coklat untuk kaca dan tong jingga untuk tin aluminium, plastik dan keluli. Oleh itu, diharap agar masyarakat tidak salah memasukkan bahan kitar semula.




RAJAH 2

    Gambar di atas menunjukkan kedai kitar semula. Masyarakat yang tidak mahu memasukkan bahan kitar ke dalam tong kitar semula boleh menghantarnya di kedai kitar semula yang berhampiran dengan kawasan perumahan mereka. Masyarakat atau individu tersebut akan mendapat ganjaran wang walaupun dalam jumlah yang sedikit sahaja.




Sunday 11 December 2016

DEFINISI KITAR SEMULA

Definisi: 


     Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara daripada pembakaran dan pencemaran air daripada tapak perlupusan dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden.
     
     Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakkan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik. Bahan yang hendak dikitar semula perlulah dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih dan akan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

      Rajah 1 di bawah menunjukkan definisi kitar semula melalui peta minda bagi memudahkan murid-murid untuk memahami erti kitar semula.




RAJAH 1