Laporan Pertandingan
Terdapat beberapa Pertandingan Kitar Semula yang diadakan SK ASSAM JAWA bersempena Kempen Kitar Semula yang dijalankan pada hari tersebut. Selain daripada aktiviti mengumpulkan bahan-bahan kitar semula, sekolah tersebut juga turut mengadakan Pertandingan Kitar Semula. Antara pertandingannya adalah:
- Pertandingan menanam pokok di dalam botol kosong
- Pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin
- Pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol
1. Pertandingan tanam pokok dalam botol kosong.
RAJAH 1
Rajah 1 menunjukkan pertandingan menanam pokok bawang di dalam botol kosong. Pertandingan ini disertai oleh guru-guru sekolah tersebut untuk melihat kreativiti dan inovasi yang terdapat dalam diri guru-guru. Tanah dan pokok bawang dibekalkan kepada guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Rajah tersebut menunjukkan hasil seni daripada guru-guru yang terlibat. Botol-botol tersebut adalah daripada bahan kitar semula yang sudah tidak digunakan lagi.
2. Pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin
RAJAH 2
Rajah 2 menunjukkan pertandingan membuat rama-rama menggunakan tin minuman kosong. Tin tersebut daripada tin minuman Coca Cola, Pepsi, Revive dan lain-lain. Pertandingan ini khas untuk murid-murid. Murid-murid tidak perlu membawa tin kerana akan disediakan oleh guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Murid-murid hanya perlu membawa gunting dan marker. Murid-murid perlu menggunting tin tersebut agar senang untuk melukis rama-rama di tin tersebut dan akan menggunting semula pada lukisan rama-rama tersebut. Rajah di atas menunjukkan hasil daripada pertandingan ini. Murid-murid di sekolah ini juga mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam diri masing-masing.
3. Pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol
RAJAH 3
Rajah 3 menunjukkan pertandingan membuat tempat letak kerongsang menggunakan botol kosong. Botol yang digunakan adalah botol Revive, Pepsi, Coca Cola dan lain-lain. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru dan murid-murid yang berminat. Botol tersebut disediakan. Para peserta yang terlibat hanya perlu membawa gunting dan alat-alat yang berkaitan. Rajah di atas menunjukkan hasil seni daripada para guru dan murid-murid yang begitu kreatif dan inovatif dalam menghasilkannya.
Kesimpulannya, SK ASSAM JAWA mempunyai guru-guru, murid-murid serta staf sokongan yang kreatif dan inovatif. Selain itu, mereka juga saling tolong-menolong serta bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan pertandingan dan 'Kempen Kitar Semula' ini. Oleh itu, diharapkan semua yang terlibat mendapat input yang berguna untuk mereka.